Pitiscoin : Sejarah Tercipta

Pitiscoin > Pitiscoin : Sejarah Tercipta

PITISCOIN™ : MENGHUBUNGKAN TEKNOLOGI MASA DEPAN

 

Satu pasukan pembangunan teknologi daripada Malaysia dan Indonesia telah berganding bahu dan memperkenalkan sesuatu yang istimewa buat rakyat di rantau nusantara khususnya dan di dunia amnya dengan membangunkan aset digital kripto yang benar-benar buatan Nusantara dan pernah dilancarkan dalam sejarah Nusantara iaitu Pitiscoin™.

Pasukan Malaysia dan Indonesia ini yang terdiri daripada beberapa perusahaan Blockchain telah bergabung dalam satu eko-sistem blockchain yang digelar Kumpulan Nusantara dan melalui kajian dan pembangunan teknologinya telah berjaya menghasilkan produk-produk berteraskan blockchain, 100% dibangunkan tangan anak-anak Nusantara daripada Malaysia dan Indonesia.

Dalam perjuangan memperkenalkan teknologi blockchain di Nusantara, pasukan ini telah memperkenalkan pra-pelancaran Pitiscoin™ di Malaysia pada 1 September 2017 di https://www.pitiscoin.asia dan di Indonesia pada 1 September 2018 di https://nucex.io .

 

Sejarah Pitis : Matawang Pilihan Perdagangan Nusantara

 

Sebelum kita bercerita lebih lanjut, kita harus mengetahui sejarah pemilihan nama Pitiscoin™ sebagai aset digital kripto pertama buatan 100% Nusantara ini. Nama Pitis mempunyai makna dan sejarahnya yang tersendiri di rantau nusantara.

Bagi mereka yang belum pernah mendengar sejarah tentangnya, Pitis adalah sejenis matawang yang pernah digunakan pada zaman Kesultanan Melayu dahulukala di rantau Nusantara. Ia pernah dicatat digunakan dengan meluas di dalam perdagangan di Selat Melaka, di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Kepulauan Jawa, Kalimantan hingga ke Sulawesi sebagai alat tukaran yang sah sekitar abad ke 15.

Negeri Melaka di bawah naungan Sultan Muzaffar Shah, pemerintah ke-5 Kesultanan Melayu Melaka, dicatatkan sebagai negeri pertama di Tanah Melayu yang menggunakan sistem wang syiling di dalam perdagangan dan transaksi jual belinya.

Sebelum itu, kebanyakkan saudagar yang berdagang di Tanah Melayu menggunakan emas urai, perak dan timah jongkong sebagai duit. Manakala di pasar, rakyat jelata masih lagi menggunakan siput gerus, beras dan biji saga sebagai alat untuk melakukan transaksi dalam sistem barter.

Pada tahun 1445, duit syiling pertama telah dibentuk menggunakan kepingan timah yang dikenali sebagai Pitis atau Caxas atau Cashas.

Acuan logam dan pohon Pitis Kelantan

Matawang yang dicipta ini mula digunakan seiring dengan emas dan perak dari Kesultanan Melayu Melaka dan ianya kemudian berkembang sehingga ke Kesultanan Melayu Terengganu, Kelantan dan Kedah. Pitis di negeri-negeri tersebut lebih kepada matawang berunsur tumbuhan dan dapat dilihat dalam bentuk pokok Pitis.

Lama-kelamaan matawang Pitis dijadikan pilihan dalam perdagangan di sepanjang Selat Melaka sehingga penggunaan Pitis tersebar ke wilayah Palembang dan Sumatera, Indonesia. Pitis muncul di Palembang semasa awal pemerintahan Sultan Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam pada tahun 1659. Matawang Pitis banyak digunakan dalam sistem perdagangan, percukaian dan ekonomi di tanah Melayu dan nusantara sehingga menjadi matawang utama ketika zaman itu. Sejarah penggunaan Pitis ada direkodkan di dalam sejarah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.

Pitis Palembang

Era Digital : Pitiscoin™ Menyambung Legasi Matawang Silam Nusantara ke Dunia Digital Masa Hadapan

 

Apakah kaitan sejarah matawang Pitis dengan aset digital kripto Pitiscoin™ ini?

Sebelum itu, sedikit latar belakang tentang penciptaan Pitiscoin™, untuk membangkitkan kembali semangat dan sejarah kejayaan transaksi perdagangan Nusantara, maka nama Pitiscoin™ dipilih untuk menjadi inspirasi aset digital kripto pertama Nusantara.

Pitiscoin™ merupakan aset digital kripto pertama yang dikeluarkan secara usahasama 100% buatan anak-anak Nusantara. Matlamat utama penciptaannya adalah untuk menggunakan teknologi blockchain dan mencipta aplikasi serta produk yang berinovasi tinggi untuk kegunaan komuniti kripto di Nusantara. Penciptaan Pitiscoin™ yang berteraskan teknologi blockchain ini bakal merintis penggunaan aset digital kripto sebagai tukaran bernilai di antara komunitinya di Nusantara, merancakkan dan mengembalikan nostalgia kegemilangan penggunaan Pitis di dalam transaksi perdagangan pada masa silam kepada transaksi digital yang cepat dan cekap pada masa sekarang tanpa kekangan sempadan penggunaannya.

Menuju ke masa depan, Pitiscoin™ bakal jadi alat transaksi digital yang boleh menyatukan rakyat di Nusantara apabila wujud komuniti besar yang mendokong dan menggunakannya di pelbagai negara di Nusantara Asia Tenggara ini. Pada masa sekarang, sudah wujud komuniti Pitiscoin™ di beberapa negara Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Cambodia, Brunei dan Vietnam.

Pitiscoin™ dicipta menggunakan teknologi blockchain 2.0 Ethereum ERC 20 dan boleh disemak kesahihannya di dalam lejer blockchain Etherscan.io.

Pitiscoin™ adalah aset digital kripto yang mempunyai matlamat serupa dengan aset digital kripto Bitcoin (BTC). Melalui penggunaan Pitiscoin™, pengguna tidak perlu melalui pihak ketiga untuk menguruskan transaksi mereka. Konsep disentralisasi, teragih dan Peer-To-Peer di dalam teknologi blockchain adalah menjadi teras penciptaan Pitiscoin™.

Pitiscoin™ ingin menjadi aset digital kripto pilihan utama digunakan oleh komuniti kripto di negara-negara Asia Tenggara khasnya serta di seluruh dunia amnya.

Pada masa sekarang Pitiscoin™ berada dimerata platform semakan dan simpanan kripto;

1. Platform Semakan Kripto :

2.  Platform Perdagangan Kripto

3.  Platform Simpanan Kripto

4.  Platform Lejer Kripto

5. Laman Sesawang Rasmi :

Apakah Pitiscoin™ mampu meneruskan kecemerlangan legasi Pitis dahulukala?

 

Mungkinkah sejarah Pitis akan berulang kembali?

 

Marilah kita bersama-sama merealisasikannya!

Nilai Pitiscoin™ Bersandarkan Projek Yang Sebenar

Merujuk whitepaper, objektif utama Pitiscoin™ adalah untuk mencipta satu aset digital kripto baru yang bukan sahaja mempunyai fungsi-fungsi tertentu, tetapi juga mampu memberikan nilai kepada penggunanya.

Kebanyakan projek aset digital kripto lain juga mempunyai fungsi tertentu, seperti Ether yang digunakan sebagai ‘minyak’ di Ethereum dan Ripple yang digunakan untuk transaksi antara bank berlaku dengan pantas. Bagi Pitiscoin™ pula, fungsi utamanya adalah sebagai alat pertukaran bayaran yang menghubungkan Nusantara, dengan transaksi yang berlaku menjadi lebih pantas, cekap dan selamat.

Pemegang Pitiscoin™ bukan sahaja boleh menyimpan dan membelanjakan Pitiscoin™ yang dimilikinya, tetapi juga boleh memperolehi keuntungan daripada nilai masa depan Pitiscoin™ walaupun tidak digunakan pada masa sekarang. Ini adalah kerana Pitiscoin™ dicipta untuk membantu di dalam merealisasikan pembinaan projek-projek berteraskan Blockchain yang dibangunkan oleh pasukan Pitiscoin™ sendiri. Kejayaan projek-projek tersebut bakal menjadi tanda aras dalam menentukan kestabilan dan peningkatan nilai Pitiscoin™ dalam pasaran terbuka.

Justeru, pembeli, penyimpan dan pengguna aset digital kripto Pitiscoin™ adalah berpotensi untuk bakal mendapatkan keuntungan berganda pada masa hadapan, seiring dengan berjalannya keseluruhan eko-sistem projek-projek Pitiscoin™, bergantung kepada kejayaan setiap projek yang dilaksanakan itu.

Penciptaan Pitiscoin™ adalah berpandukan matlamat yang telah digariskan dalam Plan Perancangan Strategik Pitiscoin™ 2017 – 2021.

Terdapat 3 matlamat utama yang mahu dicapai seiring dengan penawaran aset digital kripto Pitiscoin™ ini di pasaran terbuka. Hasil awal penawaran Pitiscoin™ akan digunakan untuk membangunkan projek-projek seperti di bawah:

  1. Melakukan Kajian dan Pembangunan Teknologi Blockchain Pitiscoin™ Yang Berterusan
    Pitiscoin™ telah menggariskan 4 projek khusus dalam pembangunan system teknologi Blockchainnya;

    1. Teknologi MyPitisWallet (MPW) iaitu projek penciptaan wallet digital Blockchain yang memiliki berbilang aset digital kripto di dalamnya
        • 100% dibangunkan oleh kepakaran nusantara dan ditawarkan secara percuma kepada pemegang Pitiscoin™ khususnya dan lain-lain komuniti kripto dunia amnya

    2. MPW Testament/Wassiyah Smart Contract iaitu projek membina sistem Wassiyah atau pewarisan asset kripto kepada penama di dalam Blockchain;
        kaedah baru menjaga kepentingan pengguna wallet MPW apabila aset digital kripto diiktiraf sebagai harta pemilik MPW dan dilindungi oleh Pitiscoin™ serta boleh diwariskan kepada penerima wasiat sekiranya berlaku kematian kepada pemilik wallet MPW tersebut;
        • Pemilik wallet perlu memenuhi syarat KYC dan mengisi penamaan waris untuk melayakkannya menggunakan kemudahan ini

    3. Pitiscoin™ Blockchain 3.0 (PTS 3.0) iaitu projek membina landasan blockchain Pitiscoin™ milik sendiri
        • sama seperti Blockchain 1.0 Bitcoin dan Blockchain 2.0 Ethereum yang memiliki landasan blockchain mereka sendiri, PTS 3.0 bakal menyaksikan Pitiscoin™ bertukar daripada menggunakan protocol Proof of State (PoS) kepada Proof of Work (PoW) dan menukar Pitiscoin™ daripada token kepada coin sebenar

        Pada masa itu, Pitiscoin™ akan dapat dihasilkan melalui kaedah mining dan proses itu berbaloi dilakukan kerana Pitiscoin™ meramalkan yang nilai pasaran semasanya pada ketika itu sudah meningkat naik
    4. Pasukan Pitiscoin™ Berusaha untuk Mematuhi Peraturan semasa; Pitiscoin™ bertekad untuk mengikuti rapat perkembangan peraturan yang digariskan oleh pihak berwajib. Pasukan Pitiscoin™ bersedia memberikan kerjasama dalam merealisasikan inovasi baru ini
        Pitiscoin™ melalui MPW telah mendaftar sebagai Agensi Pelapor Kripto dengan Bank Negara Malaysia seperti yang telah disarankan dibawah peruntukan undang-undang Malaysia
        Pitiscoin™ pada masa ini sedang bekerjasama rapat dengan badan pemerintah di Indonesia melalui exchangernya dan berusaha untuk mematuhi perundangan yang bakal digariskan oleh pihak BAPPEBTI.
  2. Membina Sistem Perladangan Digital berskala Mega iaitu projek membangunkan kajian dan pembangunan teknologi perkakasan dan pembuatan ladang asset digital kripto milik Pitiscoin™ sendiri.

      • Misi Pitiscoin™ adalah untuk menjadi ladang mining aset digital kripto terbesar di Nusantara, dan antara aset digital krypto yang akan di mining adalah seperti Ethereum (ETH), Ethereum Classic (ETC), Litecoin (LTC), Monero, Moon dan banyak lagi
        Ianya adalah projek mining berskala besar dan sepertimana yang kita tahu, aktiviti mining adalah salah satu cara mencipta aset digital kripto baru. Memperolehi pendapatan dalam bentuk aset digital kripto ini adalah antara perancangan Pitiscoin™ untuk meningkatkan nilai aset digital kripto Pitiscoin™ nya sendiri yang boleh ditukarkan nilainya semula dengan aset-aset digital kripto yang dimining di ladang digital Pitiscoin™.

      Bagi mencapai tujuan tersebut, 500 nod sudah dibina dan sedang beroperasi pada masa sekarang. 1,000 nod pula bakal dibina bermula pada tahun 2019
      Projek ini bakal menempatkan sehingga lebih 5,000 nod di beberapa tempat terpilih di Nusantara dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan pembinaannya dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa 5 tahun
      Pasukan Kajian dan Pembangunan Pitiscoin™ juga membangunkan perisian dan perkakasan mining rig buatan sendiri dengan pemasangan tempatan dan membangunkan kajian mengenai kaedah mengendalikan proses mining yang cekap mengikut kesesuaian cuaca dan kemudahan yang wujud di Nusantara
  3. Mencipta Prasarana Teknologi Kewangan Aset Digital Digital Baru iaitu suatu usaha untuk melengkapkan pembangunan teknologi Blockchain Pitiscoin™ dan berdiri sebagai peneraju Blockchain di rantau Nusantara
    Pitiscoin™ menggariskan 5 usaha dalam pembinaan prasarana eko-sistem yang bakal menyokong perkembangan teknologi dan industri Blockchainnya. Penciptaan sistem dan platform baru untuk mengembangkan perniagaan dan menambah pemilikan berbilang aset digital kripto oleh pengguna dalam teknologi Blockchain Pitiscoin™ ini cuba direalisasikan melalui usaha-usaha berikut :

    1. MPW Marketplace Escrow, merupakan satu projek pembangunan sistem jual beli kendiri oleh Pitiscoin™.
        • Sistem ini mampu mencegah penipuan transaksi di dalam penjualan dan pembelian aset digital kripto secara dalam talian. Ia melibatkan 2 pihak yang berurusniaga di dalam MPW dan Pitiscoin™ hadir di tengahnya sebagai penjaga integriti kepada transaksi tersebut

        Ianya akan menggalakkan pemilikan berbilang aset digital kripto yang mampu ditukar dan disimpan mengikut kehendak pemilik MPW. Kemungkinan di masa depan, apabila penerimaan kepada aset digital sudah menjadi resam kebiasaan, keperluan kepada sistem pertukaran ini akan menjadi sangat relevan dan pergantungan pertukaran kripto kepada fiat pula akan mengalami pengurangan. Apabila sistem ini siap sepenuhnya, Pitiscoin™ akan boleh ditukar kepada aset-aset digital kripto yang lain dan juga wang fiat melalui MPW Marketplace Escrow, pada bila-bila masa sahaja. Pada masa ini sistem MPW Marketplace Escrow fasa 1 sudah pun dibangunkan di dalam MyPitisWallet
    2. Platform Perdagangan Kripto, merupakan projek membina platform perdagangan aset digital kripto Pitiscoin™ sendiri
        Pitiscoin™ akan digunakan sebagai aset digital kripto yang boleh didagangkan bersama aset-aset digital kripto popular yang lain. Ianya bakal menjadi platform perdagangan aset digital kripto yang popular dan digunakan secara aktif oleh komuniti aset digital kripto di Nusantara Asia Tenggara dan disasarkan untuk merebak penggunaannya ke seluruh dunia

      Pada masa ini platform perdagangan kripto Nusantara Crypto Exchanger (NUCEX) sedang dibangunkan dan akan menggunapakai Pitiscoin™ sebagai kripto perdagangan utamanya

    3. Multi-Payment For Merchant, merupakan pembangunan sistem multi pembayaran untuk perniagaan menggunakan Pitiscoin™ di dalam MPW
        • Perniagaan yang mahu menerima Pitiscoin™ sebagai aset pertukaran dalam pembelian barangan atau perkhidmatan mereka boleh mendaftar di dalam sistem ini dan pembayaran menggunakan Pitiscoin™ dapat dilakukan dengan pantas tanpa menulis semula alamat penerimaan atau mengimbas QR code. Fasa 1 pembangunan sistem ini sudah tersedia di dalam MPW dan boleh digunakan pada masa sekarang

    4. Pitiscoin™ E-Crypto Card, merupakan pembangunan teknologi kad debit kripto khusus Pitiscoin™ yang bakal dibangunkan untuk pengguna MPW dan platform perdagangan Pitiscoin™
        Ianya bakal memungkinkan Pitiscoin™ dan lain-lain aset digital kripto yang disimpan di dalam MPW dapat digunakan di premis-premis perniagaan yang menerima E-Crypto Card di dalam transaksi pembayarannya pada bila-bila masa
        Penambahan fungsinya pada masa hadapan juga akan memungkinkan ia menjadi kad debit yang di terima lebih meluas di seluruh dunia dan dapat digunakan bagi menukar Pitiscoin™ kepada matawang fiat di ATM
    5. Pitiscoin™ Auto Teller Vending Machine, merupakan satu projek usahasama Pitiscoin™ dengan rakan strategiknya untuk membawa penggunaan Pitiscoin™ ke dunia mainstream.
        Pitiscoin™ akan memulakan kajian dan bakal membina Auto Teller Vending Machine untuk kegunaan komunitinya sendiri pada peringkat permulaan sebagai projek pilot. Teknologi ini kemudiannya akan dikembangkan ke seluruh Nusantara melalui kerjasama strategik tadi untuk kemudahan melakukan transaksi Pitiscoin™.

IMPAK PENAWARAN PITIS COIN KEPADA MASYARAKAT

Aktiviti merealisasikan matlamat penciptaan Pitiscoin™ tersebut akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan akan merangsangkan ;

  1. Pembangunan Ekonomi Digital Komuniti, di mana ramai orang awam mampu terlibat di dalam teknologi Blockchain ini. Jika masyarakat memahami tentang peluang yang dicipta dalam industri Blockchain dan mampu terlibat pula secara aktif, mereka berpotensi untuk memiliki pendapatan baru di dalam aktiviti perdagangan dan penggunaan aset digital kripto yang wujud di dalam eko-sistem Blockchain Pitiscoin™ ini.Hasilnya, satu bidang ekonomi baru melalui penerapan ekonomi digital baru ini mampu memberikan nilai tambah kepada pendapatan isi rumah.
  2. Penyebaran Ilmiah tentang Blockchain dan kesahihannya; apabila keterlibatan masyarakat berlaku secara langsung di dalam industri ekonomi digital yang baru ini, ia akan memberikan pendedahan sebenar tentang Blockchain dan eko-sistem yang menyokong sistemnya.Pada masa sekarang, banyak berlaku penipuan di luar sana yang dengan sewenangnya mencipta aset digital palsu atas nama blockchain. Banyak program kripto dicipta, sedang sistemnya tidak disentralisasi, hanya menggunapakai server yang boleh dipersoalkan integriti dan ketelusannya jika tidak diBlockchainkan.Dikhuatiri, kriptonya tidak wujud dan pembeli akan tertipu, tiada rekod di ledger Blockchain untuk dipantau dan diperiksa kesahihannya. Program penipuan seperti ini akan berkurangan dengan sendirinya apabila masyarakat mula berilmu dan memahami tentang proses pembuatan aset digital kripto dan eko-sistem yang perlu ada untuk sistem Blockchain yang sebenar.Penyebaran ilmiah ini mampu mengekang penipuan dan kewujudan program-program scam dapat dibanteras oleh masyarakat sendiri kerana mereka sudah celik teknologi Blockchain dan faham akan ciri-ciri kesahihannya.

    Bertolak dari hakikat ini, Pitiscoin™ serius di dalam soal Pendidikan kripto dan Blockchain. Sebagai pasukan yang sebenar dan tidak bersembunyi, Pitiscoin™ mempamerkan kripto sebenar yang sahih dan tanpa memiliki apa-apa program yang menjanjikan keuntungan seperti gaya skim cepat kaya. Kripto yang dicipta berdasarkan program skim cepat kayanya adalah fitnah terbesar yang sedang dihadapi dunia Blockchain.Memiliki Pitiscoin™ merupakan satu proses pendedahan ilmiah kepada para pemiliknya. Pitiscoin™ ditawarkan dalam keadaan tidak seperti kebiasaan sesetengah kripto lain yang menawarkan idea di dalam whitepaper, tetapi ianya masih bersifat idea kerana prasarana yang mahu dicipta oleh ideanya itu masih belum ada semasa penawaran tokennya.

    Jika ramai yang memilikinya, belum tentu lagi projeknya akan berjalan kerana apa sahaja kemungkinan boleh terjadi, terserah kepada pasukan di belakang projek tersebut, sama ada mahu meneruskan idea di dalam whitepapernya atau pun tidak.

    Berbeza dengan Pitiscoin™, aset digital kriptonya sudah diwujudkan sebelum penawarannya lagi. Walaupun dibeli semasa berlangsungnya proses ICO, Pitiscoin™ terus dimasukkan ke dalam wallet pembelinya tanpa penangguhan.

    Projek yang dinyatakan di dalam whitepapernya adalah projek sebenar dan sudah pun wujud malah boleh dilawati. Pitiscoin™ memiliki ibu pejabat operasi di Malaysia dan Indonesia yang boleh dilawati dan berurusniaga secara fizikal bukan terhad kepada laman sesawang sahaja

  3. Penyatuan Teknologi dan Kemanusian, adalah suatu perkara baru apabila teknologi Blockchain mampu digunakan untuk menyebarkan kebaikan dan menjaga kebajikan manusia sejagat.Sebagai contoh, di Finland teknologi Blockchain telah digunakan untuk menguruskan urusan kewangan pelarian (refugees). Pitiscoin™ pula akan digunakan untuk projek pembiayaan aktiviti sosial berkebajikan melalui penyatuan teknologi dengan kemanusian.Sebanyak 1 juta Pitiscoin™ telah diwakafkan untuk projek kebajikan yang akan dikendalikan secara kerjasama oleh Pitiscoin™ bersama PasarWafa™ (Malaysia) dan YAS (Indonesia).

    Pitiscoin™ juga bakal digunakan sebagai aset digital kripto utama untuk sumbangan kebajikan bagi mereka yang turut mahu terlibat di dalam aktiviti kebajikan ini, ianya mampu menjimatkan masa dan memudahkan urusan untuk memindahkan sumbangan sepantas emel ke seluruh dunia menerusi Pitiscoin™.

Mungkinkah Pitiscoin bakal menjadi kripto popular Nusantara?

Idamkan Bintang, kira tak tercapai, kita masih tinggi!

Jadi, tunggu apa lagi, lawat www.pitiscoin.asia dan www.nucex.io

bermulalah memiliki Pitiscoin™ anda sekarang!